Thursday, May 24, 2012

Info untuk tujuan rawatan


Maklumat lanjut untuk tujuan rawatan:

Gangguan makhluk jin/halus atau sihir terbahagi kepada tiga :     
                                                                                             
1.    Fizikal; dari segi fizikal kita terganggu ( paling ramai berlaku kepada manusia hari ini – adakalanya kes, organ seseorg tersebut sihat pada asalnya tetapi sakit disebabkan kehadiran jin yg menumpang & adakalanya sesuatu organ itu asalnya sakit dan disebabkan kehadiran jin pd organ berkenaan, ianya bertambah sakit - Mengalami penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit keturunan seperti gout, kencing manis, darah tinggi dll. Akan diterangkan di bawah dan sepenuhnya secara bergambar di dalam buku Akademi Aura Solutions )

2.    Jiwa & Emosi; jiwa gelisah, hati dan perasaan terganggu, tidak tenteram, berdebar-debar dan gemuruh, keluh kesah, skizofrenia dilusi dan halusinasi beremosional –akan diterangkan di dalam buku)

3.    Minda/Aqal; paling bahaya otak/mental terganggu ( ketumbuhan, tumor, kanser, minda & sikap rasa diri ada kelebihan, otak genius luar biasa, runsing, sawan, meroyan, penyakit gila babi, kurang siuman / gila dan sebagainya – akan diterangkan di dalam buku)

Serba ringkas tentang  simptom gangguan makhluk jin pada manusia :

1.      Kebas-kebas di kaki, tangan, bahu dan anggota  badan yang lain.
2.      Terasa bergerak-gerak di dalam anggota badan dan di luar kulit  – jin berjalan melalui saluran darah kita.
3.      Kemudian kita akan merasa tegang dan lenguh-lenguh urat saraf, pinggang, belakang, sendi-sendi, dan tulang-tulang kita. Duduk lenguh, berdiri  sakit dan baring pun sakit.
4.      Menyucuk-nyucuk  macam jarum di tapak kaki, tangan dan anggota badan, hendak pijak pun tidak boleh terasa mengeletar lutut macam hendak jatuh.
5.      Kemudian kita berasa sakit sehingga makan ubat pun tidak memberi kesan, kita berjumpa doktor kerana sakit tetapi doktor memberitahu kita tiada apa-apa masalah atau sakit, ini yang kita katakan penyakit misteri.
6.      Lumpuh/strok : Disebabkan oleh 1. Jin Angin Ahmar ( Rihul Ahmar – Nabi suruh umatnya baca doa angin ahmar paling tidak seumur hidup sekali)  2. Jin biasa ( saka atau sihir)
7.      Panas dan sejuk badan mendadak, menggigil, mengantuk, batuk berpanjangan, denyutan jantung laju, sesak nafas (rasa macam putus nafas)  dan selalu letih.
8.      Gatal-gatal badan , lebam-lebam anggota badan dan kesan cakar atau calar pada anggota badan (ada yang sakit dan ada yang tidak sakit bila disentuh atau ditekan)
9.      Badan menjadi berat (macam ada sesuatu benda atau ada yang pijak bahu kita) , susah bangun pagi, malas, susah hendak solat, suka tidur dan tidak boleh dengar azan, menjadi benci pada Islam dan mengarah membuat perkara kejahatan dan mungkar. Tidak dapat membeza yang mana hak dan yang mana batil dan tidak ingat dosa dan pahala. Buat sesuatu perkara sesuka hati.
10.   Rasa macam ada satu cengkaman yang amat sakit di belakang , pinggang, dada, perut dan anggota badan yang lain.
11.   Sakit teruk terlantar tetapi kuat makan dan najis sedikit, rasa  takut bila orang datang untuk melawat  dan pesakit masuk bawah katil, tidak mahu bercakap, tidak mahu berjumpa sesiapa, duduk menyembunyikan diri di dapur dan sebagainya.
12.   Banyak tidur, selalu bermimpi, sakit di bahagian ovari dan alat sulit (angin pasang/ uluran bagi lelaki), darah turun tidak berhenti, selalu kena tindih atau seperti melakukan perhubungan suami isteri, ia berlaku kepada orang bujang dan yang telah berkahwin (mengandung tiba-tiba anak hilang, rasa macam hendak bersalin tetapi tidak tumpah darah, rasa macam sedang menyusu bayi) dan merasa berada di alam yang lain ( yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang ramai di alam jin). Berkahwin sudah lama tetapi tidak dikurniakan zuriat, mengalami masalah zuriat.
13.   masalah istihadah atau kitaran haid yang tidak normal (di kalangan perempuan), mengalami penyakit kanser, fibroid atau mempunyai ketumbuhan dalam badan,
14.   Pasangan suami isteri yang berkahwin tidak boleh bersama, bila bersama jadi sakit, jadi lemah syahwat di depan isteri, tiada nafsu suami isteri, tidak nampak alat sulit, alat sulit berpindah di tempat yang lain dan sebagainya
15.   Garang, pemarah, cepat naik angin, pandai cakap dan dolak – dalih, semua dia yang betul dan orang lain salah, (dia akan cakap dia tidak sakit walaupun kita tengok dia sakit), perangai dia lain dari orang lain (pelik), kalau kanak-kanak dia menjadi hiperaktif dan bila marah pun tidak takut, menjadi degil, bebal dan berada di alam dia (bermain bersendirian dan tidak suka berkawan).
16.   Selalu sakit kepala, boleh nampak makhluk jin (ada 2 kategori 1. Nampak makhluk jin kerana anugerah daripada Allah Taala. 2. Jin guna jasad kita atau berada di mata) dan boleh dengar  makhluk jin bercakap dekat dengan telinga, telinga rasa berdengung berpanjangan dan boleh menyebabkan pekak telinga dan mata cepat kabur dan boleh buta.
17.   Murung, sedih , menyendiri, termenung, menangis, ketawa, menjerit-jerit, mengilai dan berkhayal.
18.   Menjadi terlalu berani, ada jua menjadi terlalu takut, rasa macam ada orang jaga kita, rasa macam ada sesuatu benda di sekeliling kita, genius yang mendadak di usia muda, merasa diri berketurunan bani tamim, merasa diri mempunyai tanda-tanda keturunan Rasulullah, rasa diri macam dapat sesuatu utusan dari alam ghaib kemudian mengarah membuat perbuatan yang dilarang contoh ; pukul orang, kurung orang, rantai orang, bunuh orang, sembelih orang, dan sebagainya.
19.   Bercakap sorang-sorang, bercakap dalam tidur ( Bahasa yang digunakan bahasa lama, kuno, siam dan sebagainya) dan semasa hendak tidur rasa macam ada orang sedang memeluk badan tetapi tidak nampak apa-apa pun.
20.   Boleh bersilat dalam tidur. Mata pejam, tangan kaki bergerak silat. Bila sedar tanya tidak tahu apa yang dilakukannya sebentar tadi. Ada juga badan yang boleh terapung. Boleh lompat dengan tinggi dan jauh (kekuatan manusia tidak mampu melakukan semua itu)
21.   Dilusi dan halusinasi, masalah personaliti pelbagai/terpisah, peringkat paling teruk jadi seperti orang kurang siuman (gila)
22.   Dan lain-lain lagi ……….. (nantikan penerbitan buku Akademi Aura Solutions tentang simptom, aktviti dan perihal makhluk jin  yang berada di dalam badan manusia dengan testimoni pesakit yang telah menjalani rawatan di Akademi Aura Solutions bermula dari tahun 2002)


KATEGORI-KATEGORI MAKHLUK JIN YANG BIASA BERADA DALAM BADAN MANUSIA

Ada enam ( 6 ) kategori makhluk jin yang berada dalam badan manusia mengikut istilah orang melayu dan hasil pengalaman & penyelidikan Akademi Aura Solutions :

1.    Saka – adalah makhluk jin yang diambil oleh moyang-moyang kita dahulu, selagi kita tidak buang ia akan turun sehingga sampai ke anak cucu cicit kita. Melainkan kalau kita ada amalan-amalan tertentu, amalan yang diterima oleh Allah Taala secara automatik amalan ini yang menolak segala makhluk jin keluar dari badan kita, bukan kita yang menolak makhluk jin. Amalan yang macam mana? Yang mana Nabi ajar kita buat, kita ikut semua. Setakat buat yang wajib sahaja tidak boleh membantu menolak makhluk jin keluar dari badan kita. Yang wajib tetap kita lakukan dan yang sunat-sunat pun kena tambah istiqamah (walaupun perkara sunnah tersebut sedikit tetapi berterusan seumur hidup kita) insyallah baru dapat membantu.

       Bagaimana jin saka hadir kepada manusia, maksud Al-Quran;
Maksudnya ”Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki antara manusia meminta perlindungan kepada       beberapa laki-laki antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” ( Surah Al-Jinn : 6 )

Di mana manusia meminta pertolongan daripada jin-jin ini dan mereka membuat perjanjian dikalangan jin-jin ini mengikut upacara-upacara tertentu maka jadilah jin keturunan kepada manusia yang jahil. Sampai ke hari ini walaupun kita tidak tahu ada saka, tidak ambil tahu atau tidak peduli, tidak mahu fikir tentang saka dan tidak percaya tentang saka, dia sudah turun masuk ke dalam badan kita dan anak cucu cicit kita. Bila sudah ketahui, maka wajar dikeluarkan segera.
       Berkenaan dengan Jin Saka, kalau ada sesorang perawat yang mampu menarik makhluk jin saka keluar dari tubuh badan seseorang maka akan berganti makhluk jin keturunan sakanya yang baru. Dalam perkataan lain untuk lebih memahami, kalau kita keluarkan jin kak long atau jin abang long dari badan, jin kak ngah atau jin abang ngah pula masuk ke dalam badan mengikut perjanjian moyang- moyang dahulu. Ia bersilih ganti hingga berterusan.
                  Upacara saka yang masih dilakukan sehingga sampai hari ini iaitu; bila ada kenduri kahwin di kampung atau di bandar orang tua-tua akan memasak pulut kuning, ayam golek, bertih ( padi goreng macam pop corn) bubur nasi gula merah dan di tengah bubur nasi putih rasa masin sedikit. Ini adalah antara kebiasaan upacara saka. Kalau saka yang kuat-kuat di sembelihnya dan dijamu kepala kambing atau lembu dan dihanyutkan ke sungai atau laut. Menurut pendapat sebahagiannya, kononnya kalau tidak buat nanti pengantin bila bersanding pengsan, makanan jadi rosak, tanak nasi, api kuat tapi tidak menggelegak dalam periuk dan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Begitu juga dengan menaikkan rumah. Dibuatnya ancak di tiang seri rumah tersebut dan diletaknya kain kuning, kain merah dan kain hitam. Islam melarang kita membuat kerja-kerja khurafat begini.

2.    Ambil semasa berubat – bermaksud, kalau kita jumpa seseorang perawat untuk merawat dan buat air doa, kalau dalam badan perawat itu ada makhluk jin terutama saka, maka berkat bacaan air doa ada, itu janji Allah Taala dan makhluk jin di kalangan perawat  pun besar kemungkinan masuk ke dalam air doa tersebut. Bukan berkat air doa sahaja, makhluk jin pun masuk sekali. Ini yang dikatakan ambil semasa berubat. Dengan sedar atau tidak sedar atau tidak tahu makhluk jin pun pergi kepada pesakit.
                  Dalam erti kata sebenar, mintak maaf banyak-banyak kalau ahli keluarga ada yang dinyatakan nanti takut menyinggung perasaan pembaca atau pengamal perubatan yang lain. Kalau kita jumpa tok bomoh/ tok dukun seratus peratus tambah makhluk jin di dalam badan kita. Tok bidan pun sama juga, sebagai contoh kalau bayi baru lahir selalu menangis, tok bidan cakap anak ni kena sawan tangis kemudian tok bidan ambil benang hitam, pintal buat gelang dan dipasang di tangan atau kaki bayi. Ini bukan sahaja gelang, ia diserta dengan Makhluk Jin tanpa tok bidan itu sedar atau sebaliknya. Yang ibu pula dia takut kena gila meroyan, digantungnya pula tali kasut dekat tengkok ibu supaya tidak gila meroyan. Islam melarang kita membuat perkara sebegini. Ada juga orang bertanya kalau isteri bersalin nak cari siapa urut? Tok bidan sahaja yang tahu mengurut orang bersalin. Kalau yang macam ini  ada kaedahnya supaya makhluk jin tok bidan tidak datang pada kita. Ini kena belajar sedikit. Tetapi sudah ramai tukang-tukang urut wanita bersalin yang tidak guna makhluk jin. Boleh cari di luar sana ramai.
Mintak maaf lagi banyak-banyak tentang apa yang bakal diutarakan ini. Kalau kita jumpa ”Ustaz-ustaz atau Ustazah-ustazah seperti bomoh”, pun tambah makhluk jin dalam badan kita. Macam mana ”Ustaz-Ustazah seperti bomoh”, kalau dia kata dapat amalan dalam mimpi, yang datang dalam mimpi dia, dia cakap orang alim dengan memberi salam dan menggunakan ayat suci Al Quran, memakai pakaian seperti mak haji, pak haji, wali Allah, wali songo dan sebagainya,  pakai jubah putih serban putih, pakai jubah hijau serban hijau, pakai jubah kuning serban kuning dan jubah-jubah yang lain, yang ini kita tolak semuanya kerana yang datang dalam mimpi ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah adalah penyamaran jin keturunan saka mereka, jin itu datang memberi amalan-amalan tertentu kepada keturunan jin yang berada dalam badan ”ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah seperti bomoh” maka  ustaz-ustazah ini merasa dia yang dapat amalan tersebut. Walhal yang datang membantu merawat adalah golongan-golongan jin keturunannya. Ini yang kita kata kalau dia buat air doa disamping berkat air doa ada dan besar kemungkinan makhluk jin di kalangan dia pun turut masuk ke dalam air doa tersebut. Perkara ini wajar kita hindari semuanya. Mohon maaf banyak2, pihak Akademi Aura Solutions utarakan semua ini untuk pengetahuan dan kesedaran hasil dari pengalaman dan penyelidikan selama hampir 15 tahun.
Kalau kita ambil produk-produk kesihatan yang ada makhluk jin pun di kategori ”ambil semasa berubat”. Banyak produk-produk kesihatan yang ada makhluk jin di luar sana. Kalau sudah menjalani rawatan atau menjadi pesakit baru di Akademi Aura Solutions baru kita beritahu produk-produk kesihatan yang mana ada Makhluk Jin. Kalau kita cerita mungkin terkejut juga dan akan ada orang bertanya bagaimana makhluk jin boleh masuk ke dalam produk kesihatan tersebut. Panjang kalau hendak dicerita tentang produk kesihatan ini. Harus diingat bukan produk kesihatan yang tidak baik atau tidak bagus, produk kesihatan itu baik bagus dari sudut khasiatnya, tetapi makhluk jin sahaja yang kita tidak mahu. Ini kena jadi pesakit di Akademi Aura Solutions dan belajar baru memahami tentang perihal makhluk jin di dalam badan manusia dan bagaimana boleh masuk ke dalam produk kesihatan, makanan dan minuman. Insyaallah.

3.    Sihir – dalam Al-quran dan hadis Nabi di sebut sihir. Istilah orang melayu kita ialah  orang hantar, tuju, santau, guna-guna, buatan orang, puja orang, mandrem dan sebagainya. Tujuan sihir adalah untuk menzalimi seseorang supaya jadi sakit, lemah, lumpuh, berpisah suami isteri, tidak boleh nak bersama suami isteri, anunya tidak hidup, gila, mati dan sebagainya yang boleh memudaratkan kepada seseorang. Dengan cara mana ia menzalimi sesorang, adalah dengan cara mengguna makhluk jin dan kemudian mengarah makhluk jin menzalimi seseorang mengikut arahan-arahan tok-tok bomoh yang jahat dan mengikut kehendak seseorang dengan memasukkan bahan berbahaya seperti serbuk kaca, miang buluh, jarum, paku dan sebagainya.
                  Makhluk jin sihir ini kalau ada perawat yang boleh tarik keluar atau buang tentera-tentera tok bomoh yang jahat, tok bomoh ini akan tahu dan kemudian ia akan hantar yang baru untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya kerana tok bomoh ini melihat tenteranya sudah hilang. Kalau hantar kali kedua dan seterusnya bukan pesakit sahaja yang kena malah perawat dan anak isteri pun turut kena sihir kali ini. Seorang perawat mesti menjaga keluarganya dari terkena sihir. Biasanya perawat sihat tetapi  dibimbangi ahli keluarganya yang sakit disebabkan tempias sihir  tersebut.  Ini menunjukkan betapa bahayanya sihir ini terhadap pesakit begitu juga perawat.

Dari Aisyah:
"Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka"      (Bukhari dan Muslim)

Sihir boleh dikelaskan kepada tiga :

     i.       Sihir tanpa tujuan - Saka-saka yang kuat boleh menyerang orang lain mengikut kehendak tuan punya saka atau pun sebaliknya. Sebagai contoh; katakan Si Abu marah pada Si Leman, Si Abu marah pada Si Leman kerana Si Leman ini buat perkara yang salah, kalau mengikut hukum alam memang Si Leman ini kena marah, tetapi oleh kerana saka Si Abu ini kuat, dia terus menyerang Si Leman. Bukan dari arahan Si Abu, saka dia sendiri yang pergi kononnya untuk menolong Si Abu ini. Padahal Si Abu tidak tahu apa-apa pun tentang saka. Tetiba Si Leman sakit dan  berjumpa dengan tok bomoh, tok bomoh beritahu  Si Abu yang buat Si leman sampai sakit. Ini yang bahayanya kalau kita berjumpa dengan tok bomoh. Saka-saka ini pun boleh menyerang orang-orang tertentu dengan sebab yang berkenaan. Ianya merupakan fitnah kemasyarakatan akibat tiada ilmu & merujuk kpd yg bukan berkenaan.

    ii.       Sihir tujuan – sihir tujuan ini adalah sihir yang khusus untuk seseorang. Memang penyihir buat untuk seseorang mengikut arahan seseorang supaya jadi sakit, lemah, menanggung malu, putus hubungan suami isteri, putus hubungan kekeluargaan, merana, lumpuh, mati dan sebagainya

   iii.       Sihir tempias – ianya terdapat atau berlaku kepada ahli keluarga yang disihirkan.

Biasanya kalau bab sihir, Akademi Aura Solution tidak akan menceritakan lebih kepada pesakit-pesakit khuwatir boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam. Melainkan dia belajar sampai habis, boleh scan makhluk jin dia akan dapat jawapan siapa yang menyihirnya. Insyaallah

1.    Jin Lintasan – bermaksud kezaliman Jin terhadap bani Adam di mana semua tempat di muka bumi ini makhluk jin berada. Sebelum diturunkan Adam dan Hawa di muka bumi ini, makhluk jin sudah berada di muka bumi ini sudah beribu tahun dan beranak-pinak. Macam mana makhluk jin ini boleh masuk dalam badan kita, sebagai contoh, apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang banyak makhluk jin atau kita berlanggar dengan makhluk jin atau makhluk jin berlanggar dengan kita dan dia menzalimi kita dengan memasuki ke dalam badan kita melalui rongga-rongga badan kita iaitu mulut, hidung, mata, telinga, pusat, aurat kecil, aurat besar dan rongga roma kita. Ia boleh masuk melalui lubang rongga tersebut sebab makhluk dicipta daripada api dalam bentuk gelombang atau frekuensi. Dia boleh jadi besar,  kecil, tinggi, rendah dan boleh berubah-ubah bentuk dan rupa dengan sekelip mata.

2.    Ijazah semasa belajar – semasa kita belajar ada ”ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah seperti bomoh” memberi ijazah amalan-amalan tertentu kepada kita. Disamping doa-doa amalan kita dapat, makhluk jin di kalangannya pun kita dapat. Melainkan orang-orang soleh dan solehah lagi bertaqwa atau orang beramal ikhlas dengan ilmu Allah Taala walaupun sedikit tetapi istiqamah, baru kita dapat barakah amalan tersebut dan tidak diserta dengan makhluk jin.

3.    Makhluk jin menuntut – terbahagi kepada dua (2) : (1) Kalau kita terima ijazah daripada guru-guru silat, disamping ilmu silat kita dapat, makhluk jin di kalangannya pun kita dapat. Melainkan apa yang dinyatakan sebelum ini iaitu guru-guru yang soleh dan solehah lagi bertaqwa (2) Ini adalah berkenaan dan berkait dengan makhluk jin secara langsung iaitu menuntut ilmu hitam. Ilmu hitam ini banyak. Sebagai contohnya, kalau seseorang itu mempelajari ilmu menggunakan makhluk jin seperti ilmu kebal, susuk dan sebagainya, ini di namakan ilmu hitam ( black magic ). Islam melarang mempelajari ilmu sebegini dan menyuruh hindarkan diri dari perkara sebegini.

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK JIN DI RUMAH

Tanda-Anda Ganguan Makhluk Jin Di Rumah Ada 3 (Tiga) Bahagian:

1.    Gangguan Tapak Rumah - sebelum Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke bumi ini Makhluk Jin sudah berpenghuni di bumi ini sudah beribu tahun lamanya. Hanya satu sahaja golongan Makhluk Jin yang menjadi penghuni Syurga iaitu Iblis.

Daripada Ibn Abbas r.a. : ”Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru sahaja dicipta itu: ’Mintalah sesuka hatimu. ’Maka jin pun berkata: ’Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.”

Bumi ini boleh di katakan adalah tempat makhluk  jin berpenghuni juga seperti manusia. Makhluk manusia berkongsi bumi ini dengan makhluk-makhluk yang lain. Sebelum dibinanya sesuatu rumah untuk manusia, makhluk Jin ini sudah berada berpenghuni di situ. Sebelum membina rumah, orang-orang dahulu mereka akan membuat sesuatu upacara supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh : memasang ancak dengan menggunakan kain warna hitam, merah, kuning dan sebagainya diletak di tiang seri yang tengah. Ini dilarang dalam Islam. Bukan itu sahaja ia disertakan dengan makhluk Jin yang berada di tiang seri kononnya supaya menjaga tiang tersebut daripada anasir-anasir lain yang menganggu rumah tersebut. Kalau tidak buat perkara ini nanti rumah akan diganggu oleh makhluk Jin atau jembalang tanah dan sebagainya. Kalau ada upacara ini makhluk jin tidak akan menganggu rumah tersebut. Ini semua perbuatan khurafat dan wajar dijauhi. Makhluk jin tetap akan menganggu isi rumah tersebut jika tidak di baca ayat-ayat Al Quran di dalam rumah tersebut.

2.    Gangguan Dalam Rumah – ini banyak berlaku kepada manusia pada hari ini tetapi tidak semua orang tahu bahawa ini gangguan makhluk jin. Gangguan dalam rumah yang selalu terjadi; bunyi orang berjalan, dengar orang tengah memasak, mengemas rumah, sapu sampah, susun barang, dengar ada suara menyanyi, bercakap, berzikir, bunyi barang jatuh bergegar rumah tetapi tiada nampak barang, bunyi guli berterabur, batu dan barang rumah jatuh, bau wangi, kemian dan bau busuk dalam rumah, masuk rumah terasa panas /sejuk, orang dalam rumah menjadi baran, garang dan selalu bertengkar dan bergaduh, sentiasa ”panas” dan banyak lagi.

3.    Gangguan Luar Rumah – perkara ini selalu terjadi jika rumah itu disihir terlalu kuat iaitu; bunyi pasir berterabur di atas bumbung rumah, benda berat jatuh atas bumbung tetapi bumbung tidak pecah, bunyi orang cakar dinding rumah, hendak pergi rumah tersebut pun rasa takut, sesetengah ada orang nampak makhluk jin berdiri atas rumah dan ada juga rumah di bawah kangkang makhluk jin, menunjukkan jin itu tinggi dan besar, macam bola api keliling rumah atau datang kerumah  dan sebagainya lagi.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ”jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan. Oleh itu bunuhlah mereka. (Riwayat Bukhari)

ORANG-ORANG YANG TIADA MAKHLUK JIN DI DALAM BADAN MEREKA

Orang yang tiada Makhluk Jin di dalam badan mereka ialah orang-orang yang Soleh dan Solehah (bertaqwa) Orang Yang Ikhlas (Mukhlis) beramal Dengan Ilmu Allah Taala Walaupun Sedikit Tetapi Istiqamah (semua yang wajib dilakukan dan sunat-sunat dikerjakan walaupun sedikit tetapi berterusan) (Rujuk surah al-Hijr, 15: 34-39 dan Surah an-Nahl, 16: 99-100). Ini merupakan orang yang tiada Makhluk Syaitan/Jin di dalam badan mereka, yang lain semua ada tidak kira apa bangsa sekali pun, Bangsa Melayu, Bangsa India, Bangsa Cina, Bangsa Orang Asal (Asli), Bangsa Kulit Hitam, Bangsa Kulit Putih, Bangsa Arab dan bangsa-bangsa yang lain.

Orang Islam sahaja yang tidak ada Makhluk Syaitan/Jin di dalam badan mereka, jika mereka betul-betul mengamalkan Islam seperti mana Nabi Muhammad S.A.W beramal. Sebagai contoh, beramal seperti Tuan-tuan Guru dan Puan-puan Guru iaitu mereka yang sentiasa mengamalkan apa yang mereka ajar kepada masyarakat daripada segala kebaikan. Setakat buat yang wajib sahaja atau menyampaikan ilmu tetapi tidak mengamalkan, tidak mampu untuk menolak segala Makhluk Jin yang berada di dalam badan seseorang waima Ustaz mahupun Ustazah sekali pun.

Wallahhua’lam bissawab.

HINDARKAN DIRI ANDa DARI GANGGUAN MAKHLUK SYAITAN & JIN
Kaedah Ruqyah & Kaedah Al Istinsar

Untuk scan kehadiran makhluk jin/halus secara percuma sila hubungi :

Hj. Yusup : 019 236 5273






Wednesday, April 14, 2010

Salam & Welcome



Welcome to UltraSonic Aura Syifa’ Bubble Bath & Aura

 Healing Therapy

“UltraSonic Aura Syifa Bubble Bath’” & "Aura Healing Therapy"

Academy of Aura Solutions
50-3, Jln PJS 1/50, Petaling Utama Avenue, Tmn Petaling Utama, Jln Klang Lama,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Appointment,
Please contact Hj. Yusup /
 Hjh Salina
019-236 5273 / 0133690143 /  / 0374975580


Treatment:

01. “UltraSonic Aura Syifa Bubble Bath’” - Special with Divine Properties
Medically Proven to Treat Many Diseases



02. "Aura Healing Therapy"
An alternative means of healing for all kinds of ailments and illnesses, be it physical, mental or mystical.
We treat patients where modern medicine fails or in complement.


Please Contact 
Haji Yusup 019-2365273 for Free Scanning